Thursday, July 9, 2009

Kawan

Jika aku ditimpa hujan,
Kaulah mentari
Yang kembali menerangkan sanubariku.

Jika aku berhadapan dengan ombak,
Kaulah yang membantuku
Menempuh ombak tersebut.

Jika taman aku mekar,
Kau datang jua
Berkongsi keindahan taman ini.

Begitu juga dengan kau
Mempelawaku
Melawat tamanmu yang nun indah.

Suka duka, susah senang
Dikongsi bersama

Kawanku...
Terima kasih kerana
Menyerikan hatiku...

Jika ada silap dan salah,
Janganmu ambil hati...

No comments:

:) :( ;) :D ;;-) :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) :-S #:-S 7:) :(( :)) :| /:) =)) O:-) :-B =; :-c :)] ~X( :-h :-t 8-7 I-) 8-| L-) :-a :-$ [-( :O) 8-} 2:-P (:| =P~ :-? #-o =D7 :-SS @-) :^o :-w 7:P 2):) X_X :!! \m/ :-q :-bd ^#(^ :ar!

Post a Comment