Satu
Nampak kecil
Sebenarnya besar
Satu itu
Memang bermakna
Dunia hanya satu
Mentari hanya satu
Hidup hanya sekali
Satu
Memang baik
Satu Malaysia
Dapat nombor satu...
Tidak kecil sebenarnya!
Showing posts with label Malay Poems. Show all posts
Showing posts with label Malay Poems. Show all posts
Friday, December 4, 2009
Thursday, December 3, 2009
Cinta
Cinta meliputi semua,
Bukan sekadar perasaan istimewa,
Antara kaum Adam dan kaum Hawa.
Cinta akan agama,
Perlulah diamalkan oleh semua,
Kerana agamalah penenang fikiran kita.
Cinta akan alam sekitar,
Suatu sikap yang amatlah mulia,
Alam sekitarlah yang membekalkan
segala-galanya,
Malangnya alam sekitar musnah
Kerana kerakusan segelintir manusia
Cinta akan budaya
Perlulah dilakukan sentiasa,
Untuk melindunginya daripada lenyap
Ditelan aliran masa.
Cinta akan diri sendiri,
Wajib dilakukan warga duniawi
Dengan menanam sifat murni
Dalam diri sendiri.
Cinta akan keluarga,
Disarankan oleh semua agama,
Tidak kira ibu bapa,
Yang sekian lama membesarkan dan mendidik kita
Ataupun adik-beradik
Yang ibarat teman sehidup semati kita,
Kerana keluargalah yang menyayangi kita.
Cinta akan masa,
Memang memanfaatkan kita,
Kerana masa yang menyebabkan kita,
Menjadi kaya dan ceria.
Cinta akan negara,
Merupakan sikap warganegara sejati,
Kerana negara ialah tempat
Kita dilahirkan, dibesarkan dan berjaya.
Cinta akan sekolah
Merupakan sikap pelajar gemilang
Kerana tanpa sekolah,
Ke mana kita mencari ilmu sekarang?
Cinta akan ilmu
Tanda orang jauhari,
Kerana ilmu,
Masa depan kita ibarat sinaran matahari
Kita dapat hidup senang di kemudian hari.
Cinta itu,
Kalau kita cintai kebaikan
Kita akan menjadi batu permata
Yang bersinar-sinar;
Kalau kita cintai keburukan,
Kitalah ibarat batu,
Yang berada di jalanan.
Bukan sekadar perasaan istimewa,
Antara kaum Adam dan kaum Hawa.
Cinta akan agama,
Perlulah diamalkan oleh semua,
Kerana agamalah penenang fikiran kita.
Cinta akan alam sekitar,
Suatu sikap yang amatlah mulia,
Alam sekitarlah yang membekalkan
segala-galanya,
Malangnya alam sekitar musnah
Kerana kerakusan segelintir manusia
Cinta akan budaya
Perlulah dilakukan sentiasa,
Untuk melindunginya daripada lenyap
Ditelan aliran masa.
Cinta akan diri sendiri,
Wajib dilakukan warga duniawi
Dengan menanam sifat murni
Dalam diri sendiri.
Cinta akan keluarga,
Disarankan oleh semua agama,
Tidak kira ibu bapa,
Yang sekian lama membesarkan dan mendidik kita
Ataupun adik-beradik
Yang ibarat teman sehidup semati kita,
Kerana keluargalah yang menyayangi kita.
Cinta akan masa,
Memang memanfaatkan kita,
Kerana masa yang menyebabkan kita,
Menjadi kaya dan ceria.
Cinta akan negara,
Merupakan sikap warganegara sejati,
Kerana negara ialah tempat
Kita dilahirkan, dibesarkan dan berjaya.
Cinta akan sekolah
Merupakan sikap pelajar gemilang
Kerana tanpa sekolah,
Ke mana kita mencari ilmu sekarang?
Cinta akan ilmu
Tanda orang jauhari,
Kerana ilmu,
Masa depan kita ibarat sinaran matahari
Kita dapat hidup senang di kemudian hari.
Cinta itu,
Kalau kita cintai kebaikan
Kita akan menjadi batu permata
Yang bersinar-sinar;
Kalau kita cintai keburukan,
Kitalah ibarat batu,
Yang berada di jalanan.
Thursday, November 26, 2009
Bunga
Aku gemar bunga
Kerana kecantikannya
Yang tidak terhingga
Aku gemar bunga
Kerana Keberaniannya
Untuk menampilkan dirinya
Aku gemar bunga
Kerana ketabahannya
Untuk menyerlahkan dirinya
Aku gemar bunga
Kerana ketabahannya
Untuk bersua
Dialah contoh semua!
Kerana kecantikannya
Yang tidak terhingga
Aku gemar bunga
Kerana Keberaniannya
Untuk menampilkan dirinya
Aku gemar bunga
Kerana ketabahannya
Untuk menyerlahkan dirinya
Aku gemar bunga
Kerana ketabahannya
Untuk bersua
Dialah contoh semua!
Air
Setitis air
Sememangnya amat bermakna
Walaupun sedikit pada zahirnya
Namun tidak terhingga nilainya
Setitis air
Boleh menjadi laut
Boleh menjadi sesuatu
Yang berguna jua.
Setitis air
Banyak membantu kita
Dalam segala-galanya.
Tidak kira apa jua.
Setitis air
Melambangkan kasih yang mendalam
Melambangkan sayang yang tak terhingga
Melambangkan kepentingan kepada semua.
Setitis air
Tidak harus dilupakan
Tidak harus diabaikan
Tidak harus diperlekehkan.
Sememangnya amat bermakna
Walaupun sedikit pada zahirnya
Namun tidak terhingga nilainya
Setitis air
Boleh menjadi laut
Boleh menjadi sesuatu
Yang berguna jua.
Setitis air
Banyak membantu kita
Dalam segala-galanya.
Tidak kira apa jua.
Setitis air
Melambangkan kasih yang mendalam
Melambangkan sayang yang tak terhingga
Melambangkan kepentingan kepada semua.
Setitis air
Tidak harus dilupakan
Tidak harus diabaikan
Tidak harus diperlekehkan.
Monday, October 19, 2009
Semarak Jiwa
Aku masih muda
Masih gagah perkasa
Untuk meredah liku kehidupan
Dan hutan belantara.
Aku masih tabah
Untuk menghadapi onak duri
Dan dugaan hidup
Aku masih berani
Semangatku berkobar-kobar
Ibarat api jiwa
Yang marak membakar
****************
Aku sudah tua
Namun
Kuberani meneruskan
Sisa-sisa perjalanan
Sesungguhnya jalan kehidupan
Perlu penyuluh semangat
Dan api jiwa yang
Tengah menyemarak
Agar kita dapat menemui
Kegemilangan kehidupan.
Masih gagah perkasa
Untuk meredah liku kehidupan
Dan hutan belantara.
Aku masih tabah
Untuk menghadapi onak duri
Dan dugaan hidup
Aku masih berani
Semangatku berkobar-kobar
Ibarat api jiwa
Yang marak membakar
****************
Aku sudah tua
Namun
Kuberani meneruskan
Sisa-sisa perjalanan
Sesungguhnya jalan kehidupan
Perlu penyuluh semangat
Dan api jiwa yang
Tengah menyemarak
Agar kita dapat menemui
Kegemilangan kehidupan.
Friday, September 18, 2009
Pesan Kepada Bidadari
***ANGIN***
Angin oh angin,
Datanglah menghembus nafas segarmu
Supaya dapat kami rasai nikmatnya
Angin oh angin
Bawalah seuntai kata saya
Ke pengetahuan saudara dan saudari.
Angin oh angin
Sejukkanlah hari ini
Dengan menghalau panas hari
***MENTARI***
Mentari oh mentari
Sedekahkan sinar harapanmu
Supaya kami tabah mengharungi kehidupan
Mentari oh mentari
Sedekahkan sinar keceriaanmu
Supaya kabus kesedihan hilang
Mentari oh mentari
Sedekahkan sinar keyakinanmu
Supaya kami yakin dalam semua.
***HUJAN***
Hujan oh hujan
Jelmalah dalam tarianmu
Tatkala berlaku kemarau
Hujan oh hujan
Hilangkanlah keletihan kami
Setelah berusaha di panas hari.
Hujan oh hujan
Segarkanlah bunga keceriaan kami
Agar tidak layulah kami.
Angin oh angin,
Datanglah menghembus nafas segarmu
Supaya dapat kami rasai nikmatnya
Angin oh angin
Bawalah seuntai kata saya
Ke pengetahuan saudara dan saudari.
Angin oh angin
Sejukkanlah hari ini
Dengan menghalau panas hari
***MENTARI***
Mentari oh mentari
Sedekahkan sinar harapanmu
Supaya kami tabah mengharungi kehidupan
Mentari oh mentari
Sedekahkan sinar keceriaanmu
Supaya kabus kesedihan hilang
Mentari oh mentari
Sedekahkan sinar keyakinanmu
Supaya kami yakin dalam semua.
***HUJAN***
Hujan oh hujan
Jelmalah dalam tarianmu
Tatkala berlaku kemarau
Hujan oh hujan
Hilangkanlah keletihan kami
Setelah berusaha di panas hari.
Hujan oh hujan
Segarkanlah bunga keceriaan kami
Agar tidak layulah kami.
Mencapai Bintang
Kuhulurkan tangan kecilku
Untuk mencapai langit
Untuk memetik bintang-bintang
Yang berkerlipan di cakerawala.
Tapi, tanganku tidak tercapai
Kerana bintang terlalu tinggi
Kerana bintang ini dari
pokok Syurga yang suci
Namun, kita masih dapat mencapai
Bintang kecemerlangan, bintang kegemilangan
Dengan merenangi seribu lautan langit
Dengan memanjat tiang kerajinan.
Asalkan dapat menggarap bintang harapan
Mengisi kekosongan jiwa
Memikul bintang berat
Maka bersinarlah bintang gemilang kita.
Untuk mencapai langit
Untuk memetik bintang-bintang
Yang berkerlipan di cakerawala.
Tapi, tanganku tidak tercapai
Kerana bintang terlalu tinggi
Kerana bintang ini dari
pokok Syurga yang suci
Namun, kita masih dapat mencapai
Bintang kecemerlangan, bintang kegemilangan
Dengan merenangi seribu lautan langit
Dengan memanjat tiang kerajinan.
Asalkan dapat menggarap bintang harapan
Mengisi kekosongan jiwa
Memikul bintang berat
Maka bersinarlah bintang gemilang kita.
Tuesday, September 15, 2009
Dadah
Dadah,
Selagi kau di dunia,
Selagi ramailah yang hidup merana
Selagi ramailah yang sengsara
Selagi ramailah yang derita
Dadah,
Anak kau memang ramai
Orang ingat makan boleh damai
Tetapi akhirnya jadi pokai
Dadah,
Kau yang durjana
AIDS, barah, penyakit saraf
Semuanya sebab anda
Mka kita perlu tanggung akibatnya
Dadah,
Tanpa kau, lagilah kita gembira
Menyambut masa depan tanpa gelisah
Tanpa pasrah, matahari menunggu kita
Untuk tiba di kemuncak kejayaan.
Selagi kau di dunia,
Selagi ramailah yang hidup merana
Selagi ramailah yang sengsara
Selagi ramailah yang derita
Dadah,
Anak kau memang ramai
Orang ingat makan boleh damai
Tetapi akhirnya jadi pokai
Dadah,
Kau yang durjana
AIDS, barah, penyakit saraf
Semuanya sebab anda
Mka kita perlu tanggung akibatnya
Dadah,
Tanpa kau, lagilah kita gembira
Menyambut masa depan tanpa gelisah
Tanpa pasrah, matahari menunggu kita
Untuk tiba di kemuncak kejayaan.
Saturday, September 12, 2009
Rokok
Bila kau mula dinyalakan
Keluarlah asap berkepul-kepul
Di mana orang ramai diriangkan
Dan kemudiannya menjadi sugul.
Bau busuk kau keluarkan
Bau yang membawa bencana, petaka
Paru-paru menjadi mangsa
Begitu juga anggota badan yang lain.
Si pengguna dapat bencana
Begitu juga dengan saudaranya
Semuanya angkara kau yang durjana
Tanpa kau, kita gembira.
Keluarlah asap berkepul-kepul
Di mana orang ramai diriangkan
Dan kemudiannya menjadi sugul.
Bau busuk kau keluarkan
Bau yang membawa bencana, petaka
Paru-paru menjadi mangsa
Begitu juga anggota badan yang lain.
Si pengguna dapat bencana
Begitu juga dengan saudaranya
Semuanya angkara kau yang durjana
Tanpa kau, kita gembira.
Saturday, September 5, 2009
Sebuah Hati untuk Diungkapkan
Hatiku menjadi biru, pilu
Bila kulihat dunia yang haru biru
Bila dunia ini mengacau
Hatiku menjadi merah
Bila kunampak semuanya pemarah
Zalim, malas, pasrah...
Hatiku menjadi hijau
Bila kunampak padang yang menghijau
Seindah, seaman dapat kutinjau
Hatiku menjadi kuning
Bila petang menjadi hening.
Bila kulihat dunia yang haru biru
Bila dunia ini mengacau
Hatiku menjadi merah
Bila kunampak semuanya pemarah
Zalim, malas, pasrah...
Hatiku menjadi hijau
Bila kunampak padang yang menghijau
Seindah, seaman dapat kutinjau
Hatiku menjadi kuning
Bila petang menjadi hening.
Sunday, August 23, 2009
Celoteh Masyarakat Malaysia
Masyarakat Malaysia masyarakat harmoni,
Sihat sejahtera indah berseri,
Sentiasa gembira bila-bila hari,
Umpana sinar cerah mentari.
Melayu terkenal dengan kekreatifannya,
Songket dan batik hasil mereka,
Cantik dan indah setiap masa,
Umpama bintang di cakerawala.
Raya Haji dan Raya Puasa
Perayaan yang disambut mereka.
Ketupat dan rendang mesti ada
Begitu juga dengan baju raya.
Cina memang guru masakan,
Goreng dan semua itulah kehebatan,
Restoran Cina di semua sudutan
Umpama cendawan tumbuh tiada halangan.
Ceongsam dan samfu pakaian tradisi,
Tarian singa dan naga sentiasa diwarisi,
Angpau dan perhiasan mesti dipunyai
Supaya tuah dan kekayaan mengunjungi.
Sari dan dhoti kepunyaan India,
Begitu dengan muruku dan vadai mereka,
Deepavali dan Thaipusam perayaan mereka
Disambut pada hari bertuah mereka.
Iban, Melanau, dan Kadazan
Tidak kurang juga keistimewaan,
Hari Gawai dan Pesta Kaamatan,
Dan juga animisme menjadi kepercayaan.
Begitulah alkisah warga Malaysia,
Sentiasa harmoni dan sejahtera,
Tanpa mengira bangsa dan agama,
Bersama-sama membangukan negara.
Sihat sejahtera indah berseri,
Sentiasa gembira bila-bila hari,
Umpana sinar cerah mentari.
Melayu terkenal dengan kekreatifannya,
Songket dan batik hasil mereka,
Cantik dan indah setiap masa,
Umpama bintang di cakerawala.
Raya Haji dan Raya Puasa
Perayaan yang disambut mereka.
Ketupat dan rendang mesti ada
Begitu juga dengan baju raya.
Cina memang guru masakan,
Goreng dan semua itulah kehebatan,
Restoran Cina di semua sudutan
Umpama cendawan tumbuh tiada halangan.
Ceongsam dan samfu pakaian tradisi,
Tarian singa dan naga sentiasa diwarisi,
Angpau dan perhiasan mesti dipunyai
Supaya tuah dan kekayaan mengunjungi.
Sari dan dhoti kepunyaan India,
Begitu dengan muruku dan vadai mereka,
Deepavali dan Thaipusam perayaan mereka
Disambut pada hari bertuah mereka.
Iban, Melanau, dan Kadazan
Tidak kurang juga keistimewaan,
Hari Gawai dan Pesta Kaamatan,
Dan juga animisme menjadi kepercayaan.
Begitulah alkisah warga Malaysia,
Sentiasa harmoni dan sejahtera,
Tanpa mengira bangsa dan agama,
Bersama-sama membangukan negara.
Bulat
Jika tiada bulat suara
Di mana kita berada?
Di mana kedaulatan tanah tercinta kita?
Jika tiada bulat hati
Di manalah kita menyimpan simpati
Jauh di hati nurani?
Jika tiada bulat masyarakat
Di mana malaikat
Yang selama ini membawa berkat?
Bahawanya bulat itu penting, tiada sudut-sudut
Membawa kita bersama-sama.
Di mana kita berada?
Di mana kedaulatan tanah tercinta kita?
Jika tiada bulat hati
Di manalah kita menyimpan simpati
Jauh di hati nurani?
Jika tiada bulat masyarakat
Di mana malaikat
Yang selama ini membawa berkat?
Bahawanya bulat itu penting, tiada sudut-sudut
Membawa kita bersama-sama.
Sunday, August 16, 2009
Penantian
Aku menunggu di tepi jambatan
Demi sampan kejayaan
Sampan itu kutunggu
Dengan penuh penantian
Sesungguhnya penantian tidak diundang
Oleh semua, tanpa mengira sesiapa
Namun penantian terpaksa kita hadapi
Dengan penuh sabar dan iman
Sesungguhnya penantian membawa hikmah
Kerana ada penantian, adalah masa
Untuk kita menyiapkan perisai diri
Demi menghadapi cabaran, mencapai wawasan.
Demi sampan kejayaan
Sampan itu kutunggu
Dengan penuh penantian
Sesungguhnya penantian tidak diundang
Oleh semua, tanpa mengira sesiapa
Namun penantian terpaksa kita hadapi
Dengan penuh sabar dan iman
Sesungguhnya penantian membawa hikmah
Kerana ada penantian, adalah masa
Untuk kita menyiapkan perisai diri
Demi menghadapi cabaran, mencapai wawasan.
Saturday, August 8, 2009
Tanah Bertuah
Indah nian tanah bertuahku
Dihiasi dengan bunga-bunga budaya
Dan pokok-pokok kejayaan
Dengan rumah-rumah perpaduan.
Indah nian tanah bertuahku
Yang kaya dengan emas berlian harmoni
Yang aman sentosa dengan langit biru
Yang sentiasa ceria dengan Sang Suria.
Indah nian tanah bertuahku
Setelah dirobek-robek selama hampir empat abad
Namun kau masih teguh berani
Sehingga berjaya mendapatkan kembali sayap yang hilang.
Indah nian tanah bertuahku
Yang berdiri utuh selama lebih setengah abad
Kini kitalah anak-anak merdeka
Yang berperanan menerajuinya
Demi masa depan yang lebih cerah
Demi sinaran suria yang lebih gemilang.
Dihiasi dengan bunga-bunga budaya
Dan pokok-pokok kejayaan
Dengan rumah-rumah perpaduan.
Indah nian tanah bertuahku
Yang kaya dengan emas berlian harmoni
Yang aman sentosa dengan langit biru
Yang sentiasa ceria dengan Sang Suria.
Indah nian tanah bertuahku
Setelah dirobek-robek selama hampir empat abad
Namun kau masih teguh berani
Sehingga berjaya mendapatkan kembali sayap yang hilang.
Indah nian tanah bertuahku
Yang berdiri utuh selama lebih setengah abad
Kini kitalah anak-anak merdeka
Yang berperanan menerajuinya
Demi masa depan yang lebih cerah
Demi sinaran suria yang lebih gemilang.
Wednesday, August 5, 2009
Suara Malam
Dengan bulan menghiasi langit
Dikelilingi dengan jutaan bintang
Berkerlipan di angkasa.
Malam sudah sunyi
Dan masuklah taman mimpi semua
Menanti fajar baru.
Tetapi kutidak lena
Kufikirkan apa-apa sahaja
Untuk menyiapkan kerja dan segala-galanya
Kerana kudengar kata
"Tidak baik kerja bertangguh
Nescaya kamu yang susah."
Kuteruskan dengan kerja
Demi keindahan cahaya baru
Lantas lepas kuhabiskan kesemuanya
"Selamat tinggal hari ini
Demi keceriaan esok hari."
Dikelilingi dengan jutaan bintang
Berkerlipan di angkasa.
Malam sudah sunyi
Dan masuklah taman mimpi semua
Menanti fajar baru.
Tetapi kutidak lena
Kufikirkan apa-apa sahaja
Untuk menyiapkan kerja dan segala-galanya
Kerana kudengar kata
"Tidak baik kerja bertangguh
Nescaya kamu yang susah."
Kuteruskan dengan kerja
Demi keindahan cahaya baru
Lantas lepas kuhabiskan kesemuanya
"Selamat tinggal hari ini
Demi keceriaan esok hari."
Tuesday, August 4, 2009
Di Sebalik Keindahan
Indah nian batu permata di perdu pohon
Tetapi berwaspadalah, nescaya jika anda
Cuba untuk mendapatkan batu permata itu,
Terperangkaplah anda oleh kilauannya
Sehingga tidak anda ketahui anda di mana.
Indah nian bunga-bunga di sebalik rimbun,
Tetapi bunga itu dipetik jangan, kerana
Duri-duri menanti anda, dan akan tercucuk
Dalam daging anda, Nescaya anda akan sengsara.
Indah nian sayur-mayur yang segar-bugar,
Tetapi berhati-hati, kerana Sang Belang sabar menanti
Mangsa, dan nescaya bahamlah olehnya kamu itu.
Indah nian benda-benda dalam duniawi,
Tetapi fikir dahulu sebelum bertindak, kerana
Halal haram benda tersebut tidak anda ketahui
Nescaya andalah yang mendapat malapetaka.
Tetapi berwaspadalah, nescaya jika anda
Cuba untuk mendapatkan batu permata itu,
Terperangkaplah anda oleh kilauannya
Sehingga tidak anda ketahui anda di mana.
Indah nian bunga-bunga di sebalik rimbun,
Tetapi bunga itu dipetik jangan, kerana
Duri-duri menanti anda, dan akan tercucuk
Dalam daging anda, Nescaya anda akan sengsara.
Indah nian sayur-mayur yang segar-bugar,
Tetapi berhati-hati, kerana Sang Belang sabar menanti
Mangsa, dan nescaya bahamlah olehnya kamu itu.
Indah nian benda-benda dalam duniawi,
Tetapi fikir dahulu sebelum bertindak, kerana
Halal haram benda tersebut tidak anda ketahui
Nescaya andalah yang mendapat malapetaka.
Thursday, July 30, 2009
Jom Hayati Sejarah!
Apabila kita menyelak buku Sejarah...
Mari kita mulakan dari Bab Pertama
"Sejarah dan Kita".
Bab ini menyatakan semua
Malaysia negara bangsa, kita wajar mengetahui
Asal-usulnya.
Seterusnya kita melihat pula bab-bab
Tentang masyarakat Malaysia.
Meninjau sejarah bangsa, sejarah yang
Tanpa diketahui sebelum ini
Betapa gigihnya bangsa kita
Membangunkan negara, membina kota raya.
Tetapi akibat kelekaan sedikit,
Jatuh negara kita ke tangan
Penjajah durjana, kita hilang kebebasan
Selama hampir empat abad.
Betapa sengsara moyang kita
Ditindas, dipersendakan, dan diabdikan.
Namun, semangat kebangsaan timbul jua
Untuk memerdekakan tanah air kita.
Lihatlah Antanom, Tuk Janggut
Sanggup pertaruhkan nyawa tersayang
Demi negara bangsa, demi maruah negara.
Tetapi sesuatu penantian pasti ada penamatnya
Selepas sekian lama, masyarakat pelbagai bangsa
Bangkit menentang penjajah penyeksa.
Komunis ditentang habis-habisan
Penjajah Inggeris dibawa berunding
Demi negara tercinta, demi kebebasan kita.
Tanggal 31 Ogos 1957,
"Merdeka" dilaungkan dengan semangatnya
Kita sudah merdeka!
Namun, setelah 52 tahun merdeka,
Minda kita pula hampir dijajah
Ingatlah sejarah bumi bertuah kita.
Jangan alpa, Jangan leka
Kerana kita anak-anak muda
Bakal pelapis bangsa, bakal peneraju negara.
Mari kita mulakan dari Bab Pertama
"Sejarah dan Kita".
Bab ini menyatakan semua
Malaysia negara bangsa, kita wajar mengetahui
Asal-usulnya.
Seterusnya kita melihat pula bab-bab
Tentang masyarakat Malaysia.
Meninjau sejarah bangsa, sejarah yang
Tanpa diketahui sebelum ini
Betapa gigihnya bangsa kita
Membangunkan negara, membina kota raya.
Tetapi akibat kelekaan sedikit,
Jatuh negara kita ke tangan
Penjajah durjana, kita hilang kebebasan
Selama hampir empat abad.
Betapa sengsara moyang kita
Ditindas, dipersendakan, dan diabdikan.
Namun, semangat kebangsaan timbul jua
Untuk memerdekakan tanah air kita.
Lihatlah Antanom, Tuk Janggut
Sanggup pertaruhkan nyawa tersayang
Demi negara bangsa, demi maruah negara.
Tetapi sesuatu penantian pasti ada penamatnya
Selepas sekian lama, masyarakat pelbagai bangsa
Bangkit menentang penjajah penyeksa.
Komunis ditentang habis-habisan
Penjajah Inggeris dibawa berunding
Demi negara tercinta, demi kebebasan kita.
Tanggal 31 Ogos 1957,
"Merdeka" dilaungkan dengan semangatnya
Kita sudah merdeka!
Namun, setelah 52 tahun merdeka,
Minda kita pula hampir dijajah
Ingatlah sejarah bumi bertuah kita.
Jangan alpa, Jangan leka
Kerana kita anak-anak muda
Bakal pelapis bangsa, bakal peneraju negara.
Tuesday, July 28, 2009
Abang Menasihatiku
"Duhai bang,
Adik masih muda,
Adik ingin menikmati segala-galanya."
"Adik ingin bermain, berseronok,
Kerana usia masih panjang.
Nampaknya, tanggungjawab negara
Membebankan adik."
"Duhai bang,
Adik tidak ingin belajar,
Pelajaran mengekang kebebasan adik."
"Adikku sayang,
Pinggirkan tanggapan itu.
Masih muda adik sayang,
Jangan abaikan tanggungjawab anda
Sebagai pewaris bangsa."
"Keseronokan bukanlah semua
Tanpa tenaga muda kita,
Nescaya robohlah negara kita.
Nescaya hilang keseronokan adik."
"Ilmu itu pelindung diri,
Tanpa ilmu,
Hialnglah jati diri."
"Adikku sayang,
Ingatlah masa depan negara
Di tanganku, tanganmu, dan tangan semua.
Jangan leka bermain sahaja,
Tumpukan tenaga kepada negara,
Kelak kita akan bahagia."
Adik masih muda,
Adik ingin menikmati segala-galanya."
"Adik ingin bermain, berseronok,
Kerana usia masih panjang.
Nampaknya, tanggungjawab negara
Membebankan adik."
"Duhai bang,
Adik tidak ingin belajar,
Pelajaran mengekang kebebasan adik."
"Adikku sayang,
Pinggirkan tanggapan itu.
Masih muda adik sayang,
Jangan abaikan tanggungjawab anda
Sebagai pewaris bangsa."
"Keseronokan bukanlah semua
Tanpa tenaga muda kita,
Nescaya robohlah negara kita.
Nescaya hilang keseronokan adik."
"Ilmu itu pelindung diri,
Tanpa ilmu,
Hialnglah jati diri."
"Adikku sayang,
Ingatlah masa depan negara
Di tanganku, tanganmu, dan tangan semua.
Jangan leka bermain sahaja,
Tumpukan tenaga kepada negara,
Kelak kita akan bahagia."
Friday, July 17, 2009
Kisah Menakutkan Dalam Diri Remaja
Lihatlah remaja kita pada masa ini
Bersikap pelik bin ajaib.
Bagi mereka, membuli orang lain merupakan
Suatu permainan sahaja
Bagi mereka, vandalisme merupakan
Satu ciptaan seni yang diabaikan.
Bagi mereka, bahasa kasar
Sekadar percakapan biasa,
tiada apa yang perlu dihairankan
Malah dadah
Menjadi teman sejati mereka
Untuk melepaskan tekanan
Kini, apa yang berlaku
Lebih menakutkan...
Acap kali berlaku
Perhubungan bebas antara remaja
Malah dirakamkan mereka
Kerana bagi mereka,
Perbuatan tersebut merupakan lumrah,
Merupakan kesenian sejati, kesenian asli.
Malah juga berlaku
Kes rogol, Kes curi, Kes rompak
Dalam kalangan remaja
Sekolah yang dahulunya syurga impian
Kini bertukar menjadi neraka
Oh, juvenil durjana!
Kenapa ini boleh berlaku?
Sesal dahulu pendapatan,
Sesal kemudian tidak berguna
Marilah kita bersama-sama membanteras
masalah ini
Sebelum nasi menjadi bubur
Demi sinar cahaya yang lebih cerah
Demi masa depan yang sejahtera.
Bersikap pelik bin ajaib.
Bagi mereka, membuli orang lain merupakan
Suatu permainan sahaja
Bagi mereka, vandalisme merupakan
Satu ciptaan seni yang diabaikan.
Bagi mereka, bahasa kasar
Sekadar percakapan biasa,
tiada apa yang perlu dihairankan
Malah dadah
Menjadi teman sejati mereka
Untuk melepaskan tekanan
Kini, apa yang berlaku
Lebih menakutkan...
Acap kali berlaku
Perhubungan bebas antara remaja
Malah dirakamkan mereka
Kerana bagi mereka,
Perbuatan tersebut merupakan lumrah,
Merupakan kesenian sejati, kesenian asli.
Malah juga berlaku
Kes rogol, Kes curi, Kes rompak
Dalam kalangan remaja
Sekolah yang dahulunya syurga impian
Kini bertukar menjadi neraka
Oh, juvenil durjana!
Kenapa ini boleh berlaku?
Sesal dahulu pendapatan,
Sesal kemudian tidak berguna
Marilah kita bersama-sama membanteras
masalah ini
Sebelum nasi menjadi bubur
Demi sinar cahaya yang lebih cerah
Demi masa depan yang sejahtera.
Monday, July 13, 2009
Semangkuk Sup
Semangkuk sup yang panas
Telahku hirup perlahan-lahan
Sup itu,
Sekurang-kurangnya telah mengubati perutku
Yang tengah sakit
Sup panas itu,
Penawar kepada kesejukan perut
Begitu juga dengan sup kasih
Yang merupakan penawar kepada
Kesunyian dan kesepian.
Sup kasih itu,
Bukannya senang direneh
Sup ini direneh daripada
Kasih sayang keluarga
Dan persahabatan yang abadi.
Sup kasih bukannya sekadar
Sup biasa, tetapi
Penuh bermakna, penuh dengan erti sayang
Yang mengubati kepedihan hati
Dan mendatangkan keindahan nurani.
Telahku hirup perlahan-lahan
Sup itu,
Sekurang-kurangnya telah mengubati perutku
Yang tengah sakit
Sup panas itu,
Penawar kepada kesejukan perut
Begitu juga dengan sup kasih
Yang merupakan penawar kepada
Kesunyian dan kesepian.
Sup kasih itu,
Bukannya senang direneh
Sup ini direneh daripada
Kasih sayang keluarga
Dan persahabatan yang abadi.
Sup kasih bukannya sekadar
Sup biasa, tetapi
Penuh bermakna, penuh dengan erti sayang
Yang mengubati kepedihan hati
Dan mendatangkan keindahan nurani.
Subscribe to:
Comments (Atom)

.png)