Thursday, December 3, 2009

Cinta

Cinta meliputi semua,
Bukan sekadar perasaan istimewa,
Antara kaum Adam dan kaum Hawa.

Cinta akan agama,
Perlulah diamalkan oleh semua,
Kerana agamalah penenang fikiran kita.

Cinta akan alam sekitar,
Suatu sikap yang amatlah mulia,
Alam sekitarlah yang membekalkan
segala-galanya,
Malangnya alam sekitar musnah
Kerana kerakusan segelintir manusia

Cinta akan budaya
Perlulah dilakukan sentiasa,
Untuk melindunginya daripada lenyap
Ditelan aliran masa.

Cinta akan diri sendiri,
Wajib dilakukan warga duniawi
Dengan menanam sifat murni
Dalam diri sendiri.

Cinta akan keluarga,
Disarankan oleh semua agama,
Tidak kira ibu bapa,
Yang sekian lama membesarkan dan mendidik kita
Ataupun adik-beradik
Yang ibarat teman sehidup semati kita,
Kerana keluargalah yang menyayangi kita.

Cinta akan masa,
Memang memanfaatkan kita,
Kerana masa yang menyebabkan kita,
Menjadi kaya dan ceria.

Cinta akan negara,
Merupakan sikap warganegara sejati,
Kerana negara ialah tempat
Kita dilahirkan, dibesarkan dan berjaya.

Cinta akan sekolah
Merupakan sikap pelajar gemilang
Kerana tanpa sekolah,
Ke mana kita mencari ilmu sekarang?

Cinta akan ilmu
Tanda orang jauhari,
Kerana ilmu,
Masa depan kita ibarat sinaran matahari
Kita dapat hidup senang di kemudian hari.

Cinta itu,
Kalau kita cintai kebaikan
Kita akan menjadi batu permata
Yang bersinar-sinar;
Kalau kita cintai keburukan,
Kitalah ibarat batu,
Yang berada di jalanan.

No comments:

:) :( ;) :D ;;-) :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) :-S #:-S 7:) :(( :)) :| /:) =)) O:-) :-B =; :-c :)] ~X( :-h :-t 8-7 I-) 8-| L-) :-a :-$ [-( :O) 8-} 2:-P (:| =P~ :-? #-o =D7 :-SS @-) :^o :-w 7:P 2):) X_X :!! \m/ :-q :-bd ^#(^ :ar!

Post a Comment