Kuhulurkan tangan kecilku
Untuk mencapai langit
Untuk memetik bintang-bintang
Yang berkerlipan di cakerawala.
Tapi, tanganku tidak tercapai
Kerana bintang terlalu tinggi
Kerana bintang ini dari
pokok Syurga yang suci
Namun, kita masih dapat mencapai
Bintang kecemerlangan, bintang kegemilangan
Dengan merenangi seribu lautan langit
Dengan memanjat tiang kerajinan.
Asalkan dapat menggarap bintang harapan
Mengisi kekosongan jiwa
Memikul bintang berat
Maka bersinarlah bintang gemilang kita.
No comments:
Post a Comment