Thursday, July 30, 2009

Jom Hayati Sejarah!

Apabila kita menyelak buku Sejarah...

Mari kita mulakan dari Bab Pertama
"Sejarah dan Kita".
Bab ini menyatakan semua
Malaysia negara bangsa, kita wajar mengetahui
Asal-usulnya.

Seterusnya kita melihat pula bab-bab
Tentang masyarakat Malaysia.
Meninjau sejarah bangsa, sejarah yang
Tanpa diketahui sebelum ini
Betapa gigihnya bangsa kita
Membangunkan negara, membina kota raya.

Tetapi akibat kelekaan sedikit,
Jatuh negara kita ke tangan
Penjajah durjana, kita hilang kebebasan
Selama hampir empat abad.
Betapa sengsara moyang kita
Ditindas, dipersendakan, dan diabdikan.

Namun, semangat kebangsaan timbul jua
Untuk memerdekakan tanah air kita.
Lihatlah Antanom, Tuk Janggut
Sanggup pertaruhkan nyawa tersayang
Demi negara bangsa, demi maruah negara.

Tetapi sesuatu penantian pasti ada penamatnya
Selepas sekian lama, masyarakat pelbagai bangsa
Bangkit menentang penjajah penyeksa.
Komunis ditentang habis-habisan
Penjajah Inggeris dibawa berunding
Demi negara tercinta, demi kebebasan kita.

Tanggal 31 Ogos 1957,
"Merdeka" dilaungkan dengan semangatnya
Kita sudah merdeka!

Namun, setelah 52 tahun merdeka,
Minda kita pula hampir dijajah
Ingatlah sejarah bumi bertuah kita.
Jangan alpa, Jangan leka
Kerana kita anak-anak muda
Bakal pelapis bangsa, bakal peneraju negara.

No comments:

:) :( ;) :D ;;-) :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) :-S #:-S 7:) :(( :)) :| /:) =)) O:-) :-B =; :-c :)] ~X( :-h :-t 8-7 I-) 8-| L-) :-a :-$ [-( :O) 8-} 2:-P (:| =P~ :-? #-o =D7 :-SS @-) :^o :-w 7:P 2):) X_X :!! \m/ :-q :-bd ^#(^ :ar!

Post a Comment