Friday, July 17, 2009

Kisah Menakutkan Dalam Diri Remaja

Lihatlah remaja kita pada masa ini
Bersikap pelik bin ajaib.

Bagi mereka, membuli orang lain merupakan
Suatu permainan sahaja
Bagi mereka, vandalisme merupakan
Satu ciptaan seni yang diabaikan.
Bagi mereka, bahasa kasar
Sekadar percakapan biasa,
tiada apa yang perlu dihairankan

Malah dadah
Menjadi teman sejati mereka
Untuk melepaskan tekanan

Kini, apa yang berlaku
Lebih menakutkan...

Acap kali berlaku
Perhubungan bebas antara remaja
Malah dirakamkan mereka
Kerana bagi mereka,
Perbuatan tersebut merupakan lumrah,
Merupakan kesenian sejati, kesenian asli.

Malah juga berlaku
Kes rogol, Kes curi, Kes rompak
Dalam kalangan remaja
Sekolah yang dahulunya syurga impian
Kini bertukar menjadi neraka

Oh, juvenil durjana!
Kenapa ini boleh berlaku?

Sesal dahulu pendapatan,
Sesal kemudian tidak berguna
Marilah kita bersama-sama membanteras
masalah ini
Sebelum nasi menjadi bubur

Demi sinar cahaya yang lebih cerah
Demi masa depan yang sejahtera.

No comments:

:) :( ;) :D ;;-) :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) :-S #:-S 7:) :(( :)) :| /:) =)) O:-) :-B =; :-c :)] ~X( :-h :-t 8-7 I-) 8-| L-) :-a :-$ [-( :O) 8-} 2:-P (:| =P~ :-? #-o =D7 :-SS @-) :^o :-w 7:P 2):) X_X :!! \m/ :-q :-bd ^#(^ :ar!

Post a Comment