Sunday, July 12, 2009

Karya Seni


Kutatap sebuah karya seni
Yang amat cantik, di rumahku
Terasa aku dipukau
Dengan warna-warna
Dan kehalusan di dalamnya.

Ya, Alangkah baiknya jika semua insan
Juga secantik karya seni itu
Manusia sebenarnya dapat menjadi
Seperti karya seni
Asalkan kita berusaha.

Kita ini adalah sekeping kertas lukisan
Yang maha putih dan suci
Kita diwarnakan oleh ibu bapa kita
Merekalah yang tentukan nasib kita
Sama ada lukisan ini cantik
Atau sebaliknya.

Namun, kita turut menghiasi
Lukisan kita juga.
Hiasilah dengan bunga-bunga yang cantik
Bukannya dengan tompok keburukan
Yang mencemarkan keindahan lukisan kita.

Tanpa kita sedari,
Dunia sebuah galeri lukisan juga.
Dengan lukisan-lukisan yang pelbagai
Namun, kita berhak memilih kedudukan kita
Di samping lukisan yang mana.
Pilihlah letakmu
Supaya keindahanmu tetap terserlah
Sampai bila-bila.

No comments:

:) :( ;) :D ;;-) :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) :-S #:-S 7:) :(( :)) :| /:) =)) O:-) :-B =; :-c :)] ~X( :-h :-t 8-7 I-) 8-| L-) :-a :-$ [-( :O) 8-} 2:-P (:| =P~ :-? #-o =D7 :-SS @-) :^o :-w 7:P 2):) X_X :!! \m/ :-q :-bd ^#(^ :ar!

Post a Comment