Besar nian, hijau merimbun.
Aku berteduh di bawahnya
Menikmati sinaran suria
Menikmati angin bayu.
Pokok di hadapan rumahku
Sentiasa menyambutku dengan
Senyuman mesra
Dan buah-buah yang banyak
Menunggu untuk dijadikan makananku.
Pokok di hadapan rumahku
Sentiasa menjadi tempat
Untuk diluahkan rintihanku
Pokok sentiasa setia mendengarnya
Tanpa mengejek-ejek, mahupun melalak-lalak.
Pokok di hadapan rumahku
Menjadi kawasan untuk aku
Melepaskan tekanan
Pokok ibarat buaian alam
Yang membuaikan aku, semasa aku dalam kesedihan.
Pokok di hadapan rumahku
Menjadi tempat permainan
Makluk Tuhan yang lain.
Burung berlagu dengan mesra
Menyambut tirai fajar baru.
Menjadi tempat permainan
Makluk Tuhan yang lain.
Burung berlagu dengan mesra
Menyambut tirai fajar baru.
Pokok di hadapan rumahku
Menjadi medan perbualan
Aku dengan rakan-rakan
Bersembang sambil menikmati kehijauan yang segar
Ah, inilah nikmat Tuhan yang sebenarnya!
No comments:
Post a Comment