Thursday, May 3, 2012

Teacher Training Know-hows

To save time, I will write this post in Malay yeah., since many friends asked me about the Teacher Training stuff. See, I've got it! I'll be teaching English. :)


Persediaan-persediaan untuk Temu Duga Program Perguruan 2012

Etika Pemakaian

Pakailah pakaian formal dan bersopan semasa temu duga dan semasa kelas di Maktab Perguruan dijalankan. T-shirt, Jeans, dan pakaian mencolok mata  tidak dibenarkan SAMA SEKALI. Bagi pelajar perempuan, pakaian yang dibenarkan adalah baju kurung, gaun ringkas tetapi bersopan, kemeja berkolar yang berlengan pendek, skirt melebihi paras lutut, dan kasut bertutup bertumit satu atau 2 inci. Seluar slack adalah dilarang.

#Pakailah seperti cikgu sebenar ya.

Sebelum Temu Duga

Jika anda dah terbiasa dengan kehidupan "relax", sedarlah ya. kerja-kerja yang banyak sekali menanti anda; harap-harap anda masih kekal waras. Ha ha!

Sedialah dokumen-dokumen yang diperlukan. Antaranya, borang-borang yang dapat diperoleh dari Internet seperti yang ditunjukkan di atas. Isikan borang-borang tersebut dengan lengkap dan tulisan tangan yang kemas. Selain itu, anda juga harus menyediakan sijil berhenti sekolah, sijil kelahiran, kad pengenalan, sijil-sijil kokurikulum, slip SPM, sijil-sijil pertandingan, sijil-sijil perlantikan jawatan, dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Gunalah semua sijil yang anda peroleh dari Tingkatan Satu sehinggalah Tingkatan Lima. Jika terlalu banyak sijil, guna sahaja sijil-sijil semasa di Menengah Atas. Walau bagaimanapun, sebagai Langkah Keselamatan, sediakanlah semua sijil.

Perlu dititikberatkan, anda mesti menyediakan dokumen-dokumen tersebut dalam kedua-dua bentuk asal dan salinan. Gunalah fail yang berlainan untuk tujuan tersebut. Saya sarankan fail yang mempunyai banyak lapisan plastik di dalam yang kelihatan seperti buku dengan 20-30 poket. Walaupun mahal, fail tersebut akan memudahkan penyimpanan maklumat anda semua. Harap maklum. 

Seterusnya, tanyalah guru sekolah rendah anda tentang selok-belok subjek yang ditawarkan kepada anda untuk diajar. Informasi ini amat diperlukaan semasa temu duga anda kerana pengetahuan tersebut membuktikan bahawa anda sememangnya berminat dalam profesion keguruan dan mata pelajaran yang ditawarkan. (Dalam kes Sharon, Sharon ditawarkan kursus Bahasa Inggeris, oleh itu Sharon perlu tahu tentang skop pengajaran dan pembelajaran subjek terssebut dalam Tahap Satu dan Tahap Dua.) Walau bagaimanapun, kalian tidak perlu berasa gundah-gelana kerana anda hanya memerlukaan pengetahuan secara UMUM sahaja. 

Anda juga perlu memiliki pengetahuan tentang KSSR, Kementerian Pelajaran Malaysia, dan sistem pendidikan terbaharu di Malaysia. (Tanyalah Encik Google kalau tak tahu ya. :P )Catatlah segala maklumat berkaitan, bacalah info tersebut. Anda sudah tentu cara melakukannya kan?

Rajinlah belek surat khabar. Anda perlu mengetahui isu-isu semasa berkaitan dengan dunia pendidikan. Janganlah bimbang kerana penemu duga tidak akan menanyakan perkara sensitif seperti isu Bersih 3.0. Jika mereka tanya, berilah jawapan yang berpihak kepada kerajaan. Kalau anda memberi jawapan yang berpihak kepada Bersih misalnya, maka terus kandaslah anda.

Semasa Temu Duga

Berperawakan sopan. Janganlah lupa kata-kata salam yang asas. Janganlah terus duduk di atas kerusi seperti tauke besar. Biadab namanya. Sebaliknya, ketuklah pintu sekiranya pintu ditutup, ucapkan salam kepada panel temu duga (biasanya antara 2 hingga 4 panel), hulurkan dokumen dan duduk apabila disuruh. Duduk dengan betul dan bukannya dengan kaki kangkang. 

Berilah jawapan secara bernas dan tidak terlalu pendek. elakkan jawapan satu perkataan sahaja. Contoh situasi:

PANEL: Adakah anda anak tunggal?

ANDA : Ya.

Outlah anda ya.

PANEL: Adakah anda anak tunggal?

ANDA : Ya, saya anak tunggal. Saya tidak mempunyai sebarang adik-beradik. Bapa saya bekerja sebagai petani di kampung saya, manakala ibu saya seorang suri rumah tangga...

Ikut cara inilah! Cakaplah panjang lebar tetapi jangan sampai meleret-leret pula!

Semasa temu duga secara berkumpulan pula, jangan amalkan tolak ansur. Jika sesuatu topik ditanya kepada kumpulan anda, berilah jawapan terus secara bernas dan sempurna. Jangan bertolak ansur. Rebutlah peluang anda kerana pihak panel sedang menguji kemahiran bercakap dalam diri anda.

Sekiranya percakapan pihak panel kurang jelas, jangan sesekali bercakap "Hah??!!" sepertimana anda bercakap dengan rakan-rakan. Kurang bersopan tu. Icaplah "Minta maaf tuan, saya kurang jelas dengan soalan anda."

Jika anda mempunyai sebarang kekhilafan, tanyalah Guru Kaunseling anda.

Harap-harap tips ini dapat membantu bakal guru semua. Oh ya, saya dapatkan maklumat tersebut daripada guru kaunseling saya, Puan Indra Anandan. 

#Tolong klik Nuffnang dan undilah saya juga. Jangan lupa tinggalkan komen. Terima kasih. Balaslah budi tu. Penat nak menaip semua ini tahu tak?

1 comment: