Tuesday, August 4, 2009

Di Sebalik Keindahan

Indah nian batu permata di perdu pohon
Tetapi berwaspadalah, nescaya jika anda
Cuba untuk mendapatkan batu permata itu,
Terperangkaplah anda oleh kilauannya
Sehingga tidak anda ketahui anda di mana.

Indah nian bunga-bunga di sebalik rimbun,
Tetapi bunga itu dipetik jangan, kerana
Duri-duri menanti anda, dan akan tercucuk
Dalam daging anda, Nescaya anda akan sengsara.

Indah nian sayur-mayur yang segar-bugar,
Tetapi berhati-hati, kerana Sang Belang sabar menanti
Mangsa, dan nescaya bahamlah olehnya kamu itu.

Indah nian benda-benda dalam duniawi,
Tetapi fikir dahulu sebelum bertindak, kerana
Halal haram benda tersebut tidak anda ketahui
Nescaya andalah yang mendapat malapetaka.

No comments:

:) :( ;) :D ;;-) :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) :-S #:-S 7:) :(( :)) :| /:) =)) O:-) :-B =; :-c :)] ~X( :-h :-t 8-7 I-) 8-| L-) :-a :-$ [-( :O) 8-} 2:-P (:| =P~ :-? #-o =D7 :-SS @-) :^o :-w 7:P 2):) X_X :!! \m/ :-q :-bd ^#(^ :ar!

Post a Comment