Dengan bulan menghiasi langit
Dikelilingi dengan jutaan bintang
Berkerlipan di angkasa.
Malam sudah sunyi
Dan masuklah taman mimpi semua
Menanti fajar baru.
Tetapi kutidak lena
Kufikirkan apa-apa sahaja
Untuk menyiapkan kerja dan segala-galanya
Kerana kudengar kata
"Tidak baik kerja bertangguh
Nescaya kamu yang susah."
Kuteruskan dengan kerja
Demi keindahan cahaya baru
Lantas lepas kuhabiskan kesemuanya
"Selamat tinggal hari ini
Demi keceriaan esok hari."
No comments:
Post a Comment